top of page

Badan Khairat Kematian

 

Mula ditubuhkan pada tahun 1995 oleh beberapa ahli kariah yang prihatin di Masjid Al-Ittifaqiah, satu-satunya masjid di kawasan Taman Seri Gombak pada masa itu, dengan keahlian awal seramai 75 orang pada tahun penubuhan. Kini ianya sudah menjangkau 28 tahun!

​

Yuran Tahunan yang dikutip daripada ahli Badan Khairat Kematian pada permulaannya hanyalah berjumlah RM24. Sumbangan Badan Khairat untuk penyelenggaraan jenazah pada masa itu adalah RM500 sahaja. Pada masa ini kadar sumbangan telah dinaikkan kepada RM1,300 untuk satu kematian Ahli atau tanggungan.

 

Pengurusan Badan Khairat Kematian adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah Biro Kebajikan, Khairat Dan Keselamatan, Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan arahan dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID Gombak) melalui surat bertarikh 26 Januari 2012 Bil. (48) JAI.SEL.PAIDG(T)BPM/03/ 001/18 Jld. 1.

 

Keahlian Badan Khairat Kematian ini HANYA dibuka kepada penduduk Islam yang bermastautin dalam kariah Masjid Al-Khairiyah dan Masjid Al-Ittifaqiah, Taman Seri Gombak.

 

Pemegang keahlian No. 1 ialah Hj Idris Hassan yang beralamat di Jalan SG 1/21, Taman Seri Gombak dan sehingga kini beliau masih menjadi Ahli Aktif.

Carta Organisasi Dan Wakil Surau-Surau

​

​

To be updated soon

Buku Panduan Khairat Kematian

 

Buku Panduan (Pin. Jan 2023) ini dikeluarkan sebagai rujukan berkaitan dengan peraturan Badan Khairat kepada semua Ahli yang berdaftar.

Kami Mohon Sumbangan Anda...

​

Maybank : 564799101428 Masjid Al-Khairiyah

Bank Islam : 12225010013829 Masjid Al-Khairiyah

​

Tabung Pengurusan Rumah Ibadat

​

Maybank : 564799128426 TPRI Masjid Al-Khairiyah

Pengecualian cukai LHDN keatas sumbangan anda...

Berminat Menjadi Ahli?
Jangan Berlengah Lagi!
  • Yuran Tahunan RM50.00 + Yuran Pendaftaran RM20.00 sahaja

​​

  • Muat Turun Borang Keahlian di bawah

​

  • Serahkan Borang yang telah lengkap diisi bersama wang tunai RM70.00 di pejabat Masjid Al-Khairiyah atau Masjid Al-Ittifaqiah

​

  • Tempoh matang 60 hari (2 bulan)

​

  • Manfaat Khairat bernilai RM1,300 untuk Ahli dan Tanggungan yang dibenarkan (Rujuk Buku Panduan Khairat di sebelah)

​

  • Digalakkan untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan kadar bayaran mengikut umur (semasa pendaftaran) seperti berikut:​

​

  • 70 ​Tahun dan keatas - RM300 sahaja

  • 60-69 Tahun - RM500 sahaja

  • 50-59 Tahun - RM800 sahaja

  • bawah 50 Tahun - RM1,000 sahaja

Contoh Kad Keahlian
KadAhliSeumurHidup.jpg
C O N T O H
KadAhli.jpg
C O N T O H

Senarai Ahli Aktif (Sort By Address)

 

Senarai Ahli Aktif sehingga 6/9/2023 adalah seperti berikut. Sejumlah 4,443 Ahli Aktif disenaraikan mengikut alamat rumah kediaman. Ahli yang telah MENINGGAL DUNIA dan ahli yang telah DIBATALKAN keahliannya telah dikeluarkan dari senarai ini.

bottom of page