top of page
Perutusan Nazir
Assalaamualaikum.png
Foto Myself.png
Kami Mohon Sumbangan Anda...

​

Maybank : 564799101428 Masjid Al-Khairiyah

Bank Islam : 12225010013829 Masjid Al-Khairiyah

​

Tabung Pengurusan Rumah Ibadat

​

Maybank : 564799128426 TPRI Masjid Al-Khairiyah

Pengecualian cukai LHDN keatas sumbangan anda...

Sekalung tahniah dan ucapan syabas kepada Team IT Masjid Al-Khairiyah dan semua Pegawai dan AJK masjid atas usaha yang digembelingkan sehingga berhasilnya laman web rasmi ini. Saya sentiasa mendoakan semoga Allah sentiasa merahmati kerjabuat yang telah dan akan kalian semua curahkan bagi memastikan keberlangsungan laman web ini. Terimakasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya nukilkan sepatah dua kata di sini.

 

Bermula dengan pemindahan domain laman web terdahulu (www.alkhairiyah.com) kepada domain yang baharu (www.alkhairiyah.org) serta paparan kandungan yang lebih mesra pengunjung, saya percaya ianya akan dapat memberikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan oleh Masjid Al-Khairiyah.

 

Kepada semua sahabat jemaah dalam kariah Taman Seri Gombak dan sekitarnya (Muslim atau bakal Muslim), gunakanlah segala maklumat dalam laman web ini sebagai panduan serta rujukan semasa mengenai jadual kuliah dan pengajian, program-program pengimarahan masjid yang diadakan, maklumat keahlian khairat kematian dan sebagainya. Jadikan laman web ini sebagai salah satu portal maklumat yang sentiasa dapat dimanafaatkan dalam kehidupan seharian kita selain dari saluran media sosial sediaada seperti WhatsApp (Jemaah Al-Khairiyah) dan juga laman Facebook (Masjid Al-Khairiyah).

 

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terimakasih dan penghargaan kepada semua sahabat jemaah dan semua pengunjung yang telah dan akan terus menghulurkan sumbangan dalam bentuk idea, masa, tenaga dan wang ringgit kepada Masjid Al-Khairiyah. Saya penuh yakin segala sokongan, sumbangan dan bantuan ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
​
Kepada sahabat pengunjung laman web ini, doakanlah agar kami anak-anak kariah masjid ini sentiasa istiqomah dalam usaha mengimarahkan Masjid Al-Khairiyah, bukan sahaja sebagai suatu tempat ibadah khusus malah berperanan sebagai pusat membina insan bertaqwa serta gedung ilmu yang berpotensi melahirkan da'ei yang mampu melonjakkan syiar Islam.

​

Selamat melayari laman web ini.



Hj Wan Nawawi Bin Wan Dagang

Januari 2020

​

Nazir Terdahulu

2016 - 2018 - Ir Hj Mohd Rozi Bin Salleh

​

2012 - 2015 - Ir Hj Mohd Rozi Bin Salleh

​

2009 - 2012 - Mej (B) Hj Ayub Bin Dollah

​

2006 - 2009 - Hj Shahrim Bin Hassan

​

2004 - 2006 - Hj Ahmad Radzi Bin Saad

bottom of page