top of page
Visi

Menjadikan Masjid sebagai Pusat Sehenti (One-Stop Centre /مركز وقفة واحدة ) kegiatan ummah dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Misi
  • Mengurus dan mentadbir masjid dengan amanah, telus dan mampu menunjukkan qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik)

  • Membangun keperibadian dan jatidiri ummah yang berasaskan Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiah melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan

  • Masjid sebagai pusat ibadah, perkembangan ilmu dan perpaduan ummah

  • Bersedia membantu dalam menyelesaikan permasalahan dikalangan masyarakat

Moto

"Al-Khairiyah Di hatiku"

Piagam Pelanggan
  • Kami bersedia menjadi pusat ibadat, penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar

  • Kami memastikan masjid menjadi tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah

  • Kami berusaha untuk memajukan pengajian formal dan kefahaman islam, membangun ekonomi serta meningkatkan pengetahuan isu-isu semasa dan komunikasi dalam kalangan ahli kariah

  • Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat

  • Kami bersedia memberikan sokongan terhadap usaha membangunkan nilai keimanan di kalangan masyarakat.

  • Kami memberikan layanan saksama terhadap semua permohonan untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di masjid dengan mengikut syarat yang ditetapkan.

Kami Mohon Sumbangan Anda...

Maybank : 564799101428 Masjid Al-Khairiyah

Bank Islam : 12225010013829 Masjid Al-Khairiyah

Tabung Pengurusan Rumah Ibadat

Maybank : 564799128426 TPRI Masjid Al-Khairiyah

Pengurangan cukai LHDN keatas sumbangan anda...

bottom of page