Pengenalan Dan Latar Belakang
BM
|
Masjid Al-Khairiyah merupakan masjid kedua di Taman Seri Gombak dan dibina bagi menampung pertambahan pesat umat Islam Taman Seri Gombak serta sekitarnya. Masjid ini telah dirasmikan pada 21 Jumadal Ula 1425H bersamaan 9 Julai 2004 oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Rekabentuknya berkonsepkan senibina Melayu dengan penerapan ciri-ciri binaan Islam. Pada asalnya ruang masjid ini boleh menampung seramai 4,000 jemaah dalam satu-satu masa namun penyediaan bilik-bilik kuliah, bilik seminar, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik nikah, perpustakaan dan sebagainya telah mengurangkan sedikit kapasiti ruang solat di masjid ini.
Pelbagai anugerah/pencapaian telah diterima oleh Masjid Al-Khairiyah dan ianya telah melonjakkan nama Masjid Al-Khairiyah setanding dengan masjid-masjid besar yang lain. Antaranya...
-
@ 2025 - Menerima Kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor - Status Masjid 24 Jam
-
@ 2025 - Anugerah Kecemerlangan Penganjur Kempen Derma Darah Peringkat Kebangsaan
-
@ 2024 - Anugerah Masjid Terbaik Negeri Selangor (Kategori Pusat Ibadah)
-
@ 2023 - Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Kutipan Tertinggi Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
@ 2015 - Anugerah Masjid Terbaik Negeri Selangor
-
@ 2014 - Anugerah 20 Masjid Terbaik Negeri Selangor
-
@ 2014 - Anugerah Tandas 5 Bintang Majlis Perbandaran Selayang
-
@ 2009, 2010, 2011 - Anugerah Masjid Terbaik Daerah Gombak
Bermula Februari 2025 Masjid Al-Khairiyah mula mengorak langkah melebarkan kecemerlangan pengimarahannya di persada antarabangsa dengan sempurnanya pembukaan rasmi Surau Al-Khairiyah Gombak di Gaza, Palestine. Kerjasama erat bersama NGO Muslim Care Malaysia telah merealisasikan hasrat ahli kariah masjid ini dengan penubuhan Surau/Musolla tersebut di bumi Gaza yang telah dijarah oleh rejim Laknatullah...



Kami Mohon Sumbangan Anda...
Maybank : 564799101428 Masjid Al-Khairiyah
Bank Islam : 12225010013829 Masjid Al-Khairiyah
Tabung Pengurusan Rumah Ibadat
Maybank : 564799128426 TPRI Masjid Al-Khairiyah
Pengurangan cukai LHDN keatas sumbangan anda...
Video Korporat - 2024
Majlis Anugerah Masjid Terbaik Selangor 2024
Video Korporat - 2022

Anugerah Kecemerlangan Penganjur Kempen Derma Darah
Nostalgia PKP - Covid-19



